Sunday, 21 August 2016

Lagu Rasmi Negeri Sabah





Sabah tanahairku,
Negeri kita yang tercinta,
Pemuda-pemudi semua marilah,
Bangunlah bersatu semua.
Marilah bersama serta maju jaya,
Merdeka sepanjang masa,
Bersatu segala bangsa sentosa,
Sabah negeri merdeka

Sabah Negeri Di Bawah Bayu



Peta Sabah

Sabah merupakan salah sebuah negeri di Malaysia dan merupakan negeri kedua terbesar. Negeri Sabah terletak di bahagian utara Kepulauan Borneo. Negeri Sabah juga dikenali sebagai 'Negeri Di Bawah Bayu' atau 'Sabah Land Below The Wind' kerana kedudukannya yang berada hanya di bawah laluan angin monsun. Jumlah pendudduk Negeri Sabah kini dianggarkan sebanyak lebih dari 3 juta orang. Antara negeri-negeri Di Malaysia, Negeri Sabah merupakan negeri yang mempunyai ramai suku kaum. Antara Kaum-kaum yang terdapat di Negeri ini ialah Kaum Kadazan-Dusun (merupakan kaum yang paling ramai di Sabah), Murut, Lun Bawang/Lun Dayeh, Bajau, Melayu-Brunei, Rungus, Orang Sungei, Idahan, Illanun (Iranun), Kedayan, Bisaya, Bonggi, bumiputera Sabah yang lain serta masyarakat minoriti yang lain seperti Suluk (Tausug) dan Yakan dari selatan Filipina, serta masyarakat Jawa, Bugis dan Timor dari Indonesia. Walaupun mempunyai suku kaum yang banyak namun masyarakat di negeri Sabah hidup aman dan makmur sejak sekian lama.



u












Bendera Sabah


Bendera Negeri Sabah yang terkini telah digunakan sejak 16 September 1988. Ianya bersegi panjang berukuran 1:2. Di sudut sebelah atas bendera berwarna biru cerah menjadi latar belakang lukisan grafik bayangan Gunung Kinabalu berwarna biru tua meliputi suku bahagian bendera ini. Bahagian hujung bendera yang berkibar dihiasi tiga jalur yang sama besar. Jalur atas berwarna biru muda, jalur tengah berwarna putih dan jalur bawah berwarna merah cili.Warna biru muda melambangkan keamanan dan kesejahteraan, putih melambangkan kesucian dan keadilan, manakala merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan. Warna biru cerah menunjukkan perpaduan dan kemakmuran sementara biru tua melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama. Kelima-lima warna yang menghiasi bendera ini mewakili lima bahagian yang terkandung dalam Negeri Sabah. Lukisan grafik berbentuk Gunung Kinabalu pula melambangkan Kerajaan Negeri Sabah.



                                                              Lambang/Jata Negeri Sabah

Lambang Negeri Sabah terdiri dari dua bahagian iaitu atas yang berupa dua lengan berwarna kuningsedang menjulang Bendera Negeri yang terletak di atas satu susunanlima warna Negeri iaitu biru zirkon, merah cili, putih, biru salji dan nilakandi. Di bawahnya iaitu tubuh utama lambang ini yang berbentuk sebuah perisai. Bahagian atas perisai ini tersusun tiga warna Negeri iaitu biru zirkon, putih dan merah cili dalam bentuk V. Bahagian bawah perisai ini terdapat bentuk Gunung Kinabalu berwarna nilakandi yang berlatarbelakangkan warna biru salji. Perisai itu dipangku oleh sehelai skrol berwarna merah yang tertulis dengan cogankata negeri Sabah "Sabah Maju Jaya" berwarna putih. Dua lengan yang menjulang Bendera Negeri itu melambangkan perpaduan dan kerjasama di kalangan masyarakat berbagai kaum di negeri ini ke arah kemajuan dan kejayaan.Lima warna yang tersusun itu bermakna lima buah Bahagian Pentadbiran Negeri Sabah. Warna biru zirkon melambangkan keamanan dan ketenteraman, warna putih melambangkan kemurnian dan keadilan. Merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan. Biru Salji melambangkan perpaduan dan kemakmuran sementara nilakandi melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.Bentuk Gunung Kinabalu melambangkan Negeri Sabah.






















Hebatnya Sabah!

                             

                                                            Agnes Keith House, Sandakan


Agnes Keith House ialah sebuah rumah bersejarah yang berada di Sandakan Sabah. Ia terletak lebih kurang 10 km dari lapangan terbang dan cuma 1 km dari pusat bandar Sandakan iaitu kira-kira 5 minit perjalanan sahaja


Kinabalu Park

Kinabalu Park adalah sebuah Taman Negara yang pertama di Malaysia yang telah di isytiharkan pada tahun 1964. Taman Kinabalu juga merupakan taman yang begitu penting yang mana ianya didiami lebih kurang 4000 spesis kehidupan. Ia terletak berhampiran dengan Gunung Kinabalu. 


Lok Kawi Wildlife Park

Merupakan salah sebuah taman perlindungan yang berpotensi untuk dijadikan tarikan pelancong dari dalam dan luar negara.terletak di Putatan iaitu 25 km dari Bandar Kota Kinabalu.



Teh Sabah


Dengan pemandangannya yang indah dan udara yang dingin menjadikan Ladang Teh Sabah salah satu destinasi pelancongan yang terletak di Kampung Nalapak dalam Daerah Ranau, iaitu 120 km dari Bandar Kota Kinabalu.









Menariknya Sabah!

Gunung Kinabalu
Gunung Kinabalu merupakan tempat menarik paling utama di negeri Sabah. Ianya terletak di Ranau, dalam daerah Kota Kinabalu iaitu lebih kurang 2 jam perjalanan dari pusat bandar Kota Kinabalu.
        
  

                                                                               Muzium Sabah

Muzium Sabah. Merupakan tempat yang paling sesuai untuk mempelajari sejarah berkenaan negeri Sabah.Ia mempunyai keluasan kira-kira 17 hektar dan terletak bukit istana lama Kota Kinabalu.




                                     

                                                                                                           
Sepilok Sandakan
Merupakan pusat pemeliharaan dan pemliharaan Orang Utan.Sepilok terletak di batu 14 iaitu 25 km dari pusat Bandar Sandakan. Juga merupakan tempat utama pelancong yang datang ke daerah Sandakan.



Sandakan Memorial  Park

Merupakan salah sebuah Taman Peringatan bagi memperingati anggota tentera Australia dan British yang telah terkorban semasa penjajahan Jepun.Terletak di Taman Rimba batu 8 Sandakan, lebih kurang 11 km dari Bandar Sandakan.





Tanjung Simpang Mengayau, Kudat

Tanjung Simpang Mengayau merupakan salah sebuah tempat pelancongan indah yang terletak di Daerah Kudat, dan jauhnya dari Bandar Kudat lebih kurang 40 km.





Kundasang War Memorial

Terletak di Kundasang, lebih kurang 90 km atau 2 jam perjalanan dari Bandar Kota Kinabalu dan lebih kurang 10 minit perjalanan dari Taman Kinabalu.





Ladang Lembu Mosilou

Merupakan salah satu tempat yang mempunyai permandangan yang indah dalam daerah Kundasang. Ianya terletak lapan (8) km dari Pekan Kundasang.






Lembah Danum, Lahad Datu

Merupakan kawasan pemuliharaan. Gambar ni adalah Jambatan Kanopi Lembah Danum letaknya lebih kurang 80 km dari Bandar Lahad Datu dan merupakan kawasan hutan simpan.