Sunday, 21 August 2016

Sabah Negeri Di Bawah Bayu



Peta Sabah

Sabah merupakan salah sebuah negeri di Malaysia dan merupakan negeri kedua terbesar. Negeri Sabah terletak di bahagian utara Kepulauan Borneo. Negeri Sabah juga dikenali sebagai 'Negeri Di Bawah Bayu' atau 'Sabah Land Below The Wind' kerana kedudukannya yang berada hanya di bawah laluan angin monsun. Jumlah pendudduk Negeri Sabah kini dianggarkan sebanyak lebih dari 3 juta orang. Antara negeri-negeri Di Malaysia, Negeri Sabah merupakan negeri yang mempunyai ramai suku kaum. Antara Kaum-kaum yang terdapat di Negeri ini ialah Kaum Kadazan-Dusun (merupakan kaum yang paling ramai di Sabah), Murut, Lun Bawang/Lun Dayeh, Bajau, Melayu-Brunei, Rungus, Orang Sungei, Idahan, Illanun (Iranun), Kedayan, Bisaya, Bonggi, bumiputera Sabah yang lain serta masyarakat minoriti yang lain seperti Suluk (Tausug) dan Yakan dari selatan Filipina, serta masyarakat Jawa, Bugis dan Timor dari Indonesia. Walaupun mempunyai suku kaum yang banyak namun masyarakat di negeri Sabah hidup aman dan makmur sejak sekian lama.



u












Bendera Sabah


Bendera Negeri Sabah yang terkini telah digunakan sejak 16 September 1988. Ianya bersegi panjang berukuran 1:2. Di sudut sebelah atas bendera berwarna biru cerah menjadi latar belakang lukisan grafik bayangan Gunung Kinabalu berwarna biru tua meliputi suku bahagian bendera ini. Bahagian hujung bendera yang berkibar dihiasi tiga jalur yang sama besar. Jalur atas berwarna biru muda, jalur tengah berwarna putih dan jalur bawah berwarna merah cili.Warna biru muda melambangkan keamanan dan kesejahteraan, putih melambangkan kesucian dan keadilan, manakala merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan. Warna biru cerah menunjukkan perpaduan dan kemakmuran sementara biru tua melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama. Kelima-lima warna yang menghiasi bendera ini mewakili lima bahagian yang terkandung dalam Negeri Sabah. Lukisan grafik berbentuk Gunung Kinabalu pula melambangkan Kerajaan Negeri Sabah.



                                                              Lambang/Jata Negeri Sabah

Lambang Negeri Sabah terdiri dari dua bahagian iaitu atas yang berupa dua lengan berwarna kuningsedang menjulang Bendera Negeri yang terletak di atas satu susunanlima warna Negeri iaitu biru zirkon, merah cili, putih, biru salji dan nilakandi. Di bawahnya iaitu tubuh utama lambang ini yang berbentuk sebuah perisai. Bahagian atas perisai ini tersusun tiga warna Negeri iaitu biru zirkon, putih dan merah cili dalam bentuk V. Bahagian bawah perisai ini terdapat bentuk Gunung Kinabalu berwarna nilakandi yang berlatarbelakangkan warna biru salji. Perisai itu dipangku oleh sehelai skrol berwarna merah yang tertulis dengan cogankata negeri Sabah "Sabah Maju Jaya" berwarna putih. Dua lengan yang menjulang Bendera Negeri itu melambangkan perpaduan dan kerjasama di kalangan masyarakat berbagai kaum di negeri ini ke arah kemajuan dan kejayaan.Lima warna yang tersusun itu bermakna lima buah Bahagian Pentadbiran Negeri Sabah. Warna biru zirkon melambangkan keamanan dan ketenteraman, warna putih melambangkan kemurnian dan keadilan. Merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan. Biru Salji melambangkan perpaduan dan kemakmuran sementara nilakandi melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.Bentuk Gunung Kinabalu melambangkan Negeri Sabah.






















No comments:

Post a Comment